Nuffnang Ads

Sunday, July 22, 2012

Nasi Daun Pisang

selamat berpuasa semuanyeeee..post ni bukan la nak suggest tempat berbuke or sahur pun..saje la nak cerita  restoren yang serve Indian cuisine..wahh kau gune ayat cuisine..poyo mcm 5star..haha...actually lama dah taw bout this place cume xd kesempatan nak pergi try..2 days before puasa aritu, ada la rezeki pergi try with few friends yang baru grad...haaa..dah lame study, sekarang baru grad..CONGRATS!!!

restoran ni kat depan BANGSAR VILLAGE, memang depan mall tu..so senang la nak cari..nama restoran sori ak tak tahu..lupe nk tengok...sori  :)
anyhow the food is great lebih kurang nasi kandar kot cume ad special for those with large appetite..rahsia ni~


kedai ni jenis order dulu n die akan serve atas table with daun pisang..nasi 1st, so korang boleh mintak SEBANYAK mane yang korang nak..harga tetap SAMA!! haa..memey HAPPY!!


muke tak sabar tunggu serve



haa..cube tengok berapa BANYAK mintak, pelayan tu tak kisah pun..hahahah..then ada 3 jenis sayur, salad    timun kot ( ak main tibai ), peria goreng n peria jgk..ayam masala order lain.



depan rezeki kena happy taw...rezeki tak suke oranng muke ketat..haha


and this is mine..perut save 1 hari untuk ini...  NOW YOU SEE


NOW YOU DON'T...licin beb..blh thn jgk rase die....

so dah tahu rahsia die?? korang mintak je banyak camne pun..harga tetap same  ( RM 12 tak masuk air )..at night kedai die memang sesak..so pandai2 la korang cari waktu k..

SELAMAT BERPUASA~







Wednesday, June 13, 2012

Anda nak tahu??


1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia
yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..


2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun.
Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.


3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu
merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang
banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.


4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik
ikan yang telah diproses.


5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan
bukannya perasa tambahan pada makanan.


6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan
jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..


7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan
sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya
tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar
biasa dari orang lain.


9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor
nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan
di mana mangsa berada.


10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah
diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman
berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.


11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan
12345678987654321.


12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.


13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan
'octothorp'.


14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.


15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.


16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak
akan tenggelam di dalam pasir jerlus.


17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.


18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam
sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.


19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.


20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap
tahun.


21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling
banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang
berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.


22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.


23. Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk
penduduknya.


24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya
menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.


25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne
segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan
turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.


26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10
tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk
bahagian bibirnya sahaja)


27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.


28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu
tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini
dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita
sendiri.


29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.


30. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office...
Pelik bukan!


31. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk
mengesahkan tiada no 8. kan ?

Thursday, April 12, 2012

Burger GIANT

ap yang korang suke buat bile cuti ??  tido ?? dating tengok wayang ?? semua tu BOSAN!! sempena hari pertabalan agong baru , aku celebrate dengan makan special..ceyh celebrate la sangat, padahal tak peduli pun sape agong..hahaha..ok back to the topic, BURGER BESAR !! memang BESAR... first time tengok burger BESAR depan mate..mesti korang tertanye-tanye kan ap yang aku merepek ni..




Haaaa...ini lah yang ak cakap burger BESAR.. sekilo beb..cube korang bayangkan makan kek secret recipe SEKILO..ini lah size die besar gile baby..amacam cuti korang, still nak pergi dating tengok wayang ke??  baik makan buger ni sorang-sorang lagi puas..muahahaha


serius BESAR tak tipu..name burger ni burger besar BURGER BESAR YB ..boleh klik kat link tu masuk blog die...facebook pun ad  YB YAZID BURGER..harge burger ni rm40 tapi untuk bulan april ak dengar ada promotion rm32..puas gile baby makan burger ni..

muke-muke lapar :






ak share 3 orang coz takut x abis makan..tapi bile dah makan ak rase boleh makan separuh sorang..sangat kenyang and puas !!


maaf gambar tak senonoh..ahahah..inilah nikmat makan burger..gune tangan baru real


sape yang nafsu makan die sikit dont worry coz ada banyak pilihan burger..sume burger patty..harga ikut berat..bukan berat korang selepas makan ok..berat burger tu..hahaha

kedai die senang je berdekatan D'arab cafe sec 7 belakang unisel..sape yang pergi ak suggest book dulu, no telefon ada di  fb...pergi makan esok..lambat2 nanti jadi rm40..hihihihi

Tuesday, April 3, 2012

Jejaka idaman gadis-gadis

kepada gadis-gadis di luar sana apa ciri-ciri jejaka idaman anda??  tipu la kalau takde kan..entah camne la jejaka idaman korang kan...betul ke ciri-ciri tu akan berubah ikut umur korang?? cer baca bawah ni..ada tak ciri-ciri jejaka yang korang nak     :)

Lelaki idaman gadis-gadis :
1. Tampan
2. Charming
3. Sukses kewangan
4. Seorang pendengar yang baik
5. Jenaka
6. Badan tough
7. Bergaya
8. Menghargai
9. Suka buat surprise


Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 32 tahun
1. Nice looking
2. Membuka pintu kereta, memegang kerusi
3. Apakah cukup wang untuk makan malam yang menyenangkan
4. Mendengar lebih daripada perbualan
5. Ketawa dengan lawak bodoh saya
6. Belanja dengan mudah
7. Memiliki kad kredit sekurang-kurangnya satu
8. Menghargai sebuah rumah-memasak makanan
9. Mengingati hari ulang tahun perkahwinan dan hari jadi saya semestinya


Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 42 tahun
1. Tidak terlalu buncit
2. Pekerjaan yang stabil
3. Mengangguk ketika aku bicara
4. Apakah dalam keadaan cukup baik untuk menyusun semula perabot
5. Mengenakan kemeja yang menutupi perutnya
6. Rajin bercukur


Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 52 tahun
1. Menjaga bulu dalam hidung dan telinga dipotong
2. Apakah tidak bersendawa atau menggaru di depan public
3. Tidak terlalu sering meminjam wang
4. Apakah tidak mengangguk tertidur saat aku bercerita
5. Tidak menceritakan semula lawak yang sama terlalu banyak kali
6. Apakah dalam keadaan cukup baik untuk turun dari sofa pada hujung minggu
7. Biasanya mengenakan sandal dan pakaian yang berpadanan
8. Menghargai makan malam yang baik
9. Mengingat nama anda pada kesempatan
10. Rajin bercukur


Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 62 tahun
1. Apakah tidak menakut-nakutkan anak kecil
2. Ingat di mana bilik mandi
3. Tidak memerlukan banyak wang untuk rawatan
4. Hanya berdengkur ringan ketika tidur
5. Ingat kenapa dia tertawa
6. Apakah dalam keadaan cukup baik untuk berdiri sendiri
7. Biasanya memakai pakaian
8. Ingat di mana dia meninggalkan giginya
9. Ingat bahawa itu hujung minggu


Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 72 tahun
1. Bernafas.
2. Tidak miss toilet.


hahahahaha..betul ke gadis-gadis???   :D

Thursday, March 29, 2012

nenek yang jujur

 Pagi tadi hujan lebat, aku sampai kilang pun almost 50% basah...sejuk beb tak leh blah nasib baik undergarment tak basah ( sopan aku panggil undergarment ni ). so selamat sikit la..hahaha...hope you guys have a good day and happy always... meh bace cerita seorang nenek yang jujur


Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.
“Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.
“Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.
“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”
Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”
Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”




hahahahaha..tolong la jangan jumpa dengan nenek perangai jujur sangat ni

Wednesday, March 21, 2012

mak cik muke ketat

kalau ada job jadi food taster inspector, ak nak volunteer. tak ada gaji pun takpe la..janji dapat makan sedap2..hahaha..most delicious foods are from gerai tepi jalan..betul tak ak cakap?? mesti ramai setuju kan..coz aritu lepas balik keje ak ad singgah bandar klang..ceyh, bandar ke?? dah lame jugak ak tak singgah coz memang tak ada pun..that day ak p cari something tapi jumpa this one gerai jual  kuih-muih..nak di jadikan cerita la, makcik yang jual tu muke ketat abis tak boleh blah..senyum pun tak nak..ak tengok die cam baru pas gado je..memang ketat cam tahan berak pun ada..nasib baik mak cik tu ada anak pompuan boleh tahan CUTE jugak la..sedap jugak mata memandang..maybe tu strategi kot ( positif positif )..

ap kuih mak cik tu jual?? alaa kuih standard la cam goreng pisang , keropok  lekor dll..ak nak tanya harga pun takut mak cik tu tak nak jawab... so,ak decide beli samosa 3 harga rm1.20 satu.....samosa die SEDAP !! x macam muke makcik tu..i'm not really a big fan of samosa tapi this samosa serius boleh wat ak mengidam..cukup rase and tak keras coz isi ayam die padat jugak la...




so far 10 markah untuk samosa and -30 untuk customer service..friendly advise guys, kalau korang nak berniaga ap jenis sekali pun..customer service korang wajib mantap at least senyum kat customer baru orang nak beli..kalau that day mak cik tu cakap  " adik hensem kacak bergaya nak beli apa? " for sure ak beli 10 samosa...LOL .ok fine kalau tak nak senyum pun cari sorang gadis comel jadi pekerja, nanti ak datang beli selalu..muehehe..

name gerai ni SAMOSA KLANG betul2 depan pasar jawa kat tengah bandar..dalam medan selera mara..kalau nampak makcik muke ketat tu, korang kat gerai yang betul.

Monday, March 19, 2012

Jeram ikan bakar

yes ak suke makan..in love with food..one of my feveret place nk makan ikan bakar is at JERAM IKAN BAKAR..kat mane?? kat JERAM la..dah name pun same..LOL..banyak kali dah makan kat sini..ada 2 restoran actually.. the other one is a lot exclusive la ak rase and dah masuk jalan-jalan cari makan.. restoran ak pergi ni biase jela ( under bajet ) ... tapi tak taw kenapa this time food die tak sesedap dulu..maybe chef die datang angin kus kus kot..agak mengecewakan la..nak tak nak kena habiskan jugak..tak elok membazir dah bayar lak tu, kalau free pun ak tak nak membazir..haha..

spend time dengan family kan best..kalau boleh at least once a week kite spend quality time dengan dorang
 ( HIGHLY SUGGESTED )  ..sebab 2 orang wanita dalam family ni kurang makan banyak..so tugas ak and adik ak la untuk abis kan sume...untung bawak pompuan pergi makan kalau korang nak taw..muahahah


perkenalkan Suhaimah bt Suardi a.k.a my mom and my bro yang kuat makan



ak order butter prawn, ketam masak cili, siakap 3 rase, sotong goreng tepung, and kailan ikan masin






ini gambar sebelum makan. gambar selepas makan tidak dapat di upload kerana tidak sesuai untuk tontonan umum  :p


p/s  : next post pun bout food jugak....ok ak dah lapar balik abis diet  T_T