Nuffnang Ads

Sunday, January 30, 2011

antara Aku dan Dia

Perkara nie jadi  thn lepas, esok tuh nak puasa ler, aku ingat lagi.. sebab tuh sampai laa nie aku cukup takut nak berkawan dengan awek yang lawa-lawa. Sehari sebelum puasa, aku ngan kawan aku pergi ler jalan jalan kat Sungai Wang, biasa ler hari minggu… dah penat berjalan aku pun lepak kat tingkat atas..gi kena teh ngan makan nasik ayam.
Dah makan.. aku pun cakap kat member aku, aku nak gi ker Lot 10, nak buat greeting card untuk member aku..perempuan ler ..hehehe (Greeting card machine..Kalau korang ingat lagi ler, kat tingkat bawah)
Aku pun gerak member aku semua tunggu kat situ..biasa ler dia orang bukan minat nak ikut.. bosan menunggu aku menulis card cinta..Jadi aku pun pi ler… ..
Tunggu punya tunggu sampai ler giliran aku pulak… .mesti member aku soundnyer… .aku pun start tulis… … .”HALLOOO” itulah suara yang aku dok dengar..ish awek mana lak nie… sekali aku pun pandang ler… tengok bawah dulu…
aduh..sikitnyer lawa kaki dia.. slow-slow aku pandang atas..meh… sikit nyer cun ler… aku takleh lah nak kata apa.. aku pun terdiam.. sekali lagi dia kata “HELLO”… ..Aku tarik nafas aku pun jawab,”HI”. Aku ingat dia pun senyum jerlah… sekali dia kata “I’M LINA MARLIANA” .. Peh sikit nyer sedap nama dia..dah lah tuh..cantik lak tuh… aku pun senyum… ..
LINA : “That is a nice card, untuk siapa?”
AKU : “It’s for my friend, Dia nyer birthday tommorow”
LINA : “Boleh tolong I tak, I tak pandai nak pakai machine nie… I hope you can help me”

Inilah chance aku nak tunjuk aku punya skill… aku pun setuju nak tolong. Setelah selesai.. dia pun ajak aku jalan-jalan, dia kata dia dari singapore datang sini ada shooting untuk modelling, dia pun bagi aku business card dia.
Dalam hati aku, sikitnya happy.. maklumlah kita nie bukan ler handsome pun, boleh kenal ngan model kira okler, dengan bangganyer aku teman dia gi shopping. Dah agak agak 40 minit jugak ler aku berjalan, dah puas ler aku dengar cerita dia, dan keluarga dia dan BERTAPA DIA SUKA ORANG MACAM AKU, hehehe..sebab baik katakan.. BAIK BAIK ADA MAKNA NIE..aku pun teringat member aku tunggu kat Sg. Wang.
AKU : “Lina, Not everyday I have the pleasure to meet a woman as beautifull as you and how I admire your softness and your kindness and I really like to stay and try to know you better ,But I have to go now, my friends is waiting for me. Thanks for everything, and maybe I will call you and treat you for dinner someday..I hope you dont mind”
Sikitnyer power ayat aku tuh, aku pun chow.. aku pun tak sabar nak bagi tau member aku, aku jumpa model sikitnyer lawa.. tengah aku berlari nak gi Sq. Wang.. aku pun selisih ngan member- member aku kat Jambatan tengah tuh… . aku senyum dengan bangganya.
Dia orang sikitnyer hot..aku tak kisah.. aku pun dok cerita lah kat dia orang apsal aku lambat.. hehehe..sekali dia orang boleh gelak kat aku.. takpa aku pun cakap kalau tak caya jum aku tunjuk… . so Kita orang pi ler kat Lot 10 balik…
Sampai jer Lot 10, mata aku pun liar mencari gadis cantik manis tuh. Usha punya usha aku nampak dia..aku tgh nak escalator dia tengah turun, aku pun sound member aku
AKU : “Tu dia..yg pakai tang top tuh.. cun huh! aku dah cakap korang tak nak percaya”
MEMBER : “Ko tipu ah… tegur ler, aku nak tengok betul tak betul”
AKU : “Ye.. jap aku tunggu, jap tunggu ler kita dekat sikit”
Sambil escalator bawak aku rapat dengan dia, aku pun tegur ler dia tuh “HI LINA”, sekali… … … … … … .
Dia tengok aku ngan member aku… dia pun menjeling..PEH SIKIT NYER SOMBONG, Dia tarik muka macam aku tak kenal dia… FUHH aku pun terkejut, tak tau nak cakap apa.. member aku semua gelak bagai nak rak kat situ… ..
“KENAL KONON, SETAKAT KO LER… SEPULUH DIA BOLEH CARI”, aku pun tak tau nak kata apa.. member aku semua gelak, aku blur… …
Ada ker patut satu perempuan buat cam tuh kat orang macam aku nie, aku pun tak tau nak kata apa..aku harap korang semua tak lah lalui apa yang aku lalui.. aku betul betul tak paham… … . Adakah semua perempuan cantik macam nie
Mungkin kot… .Aku dah mula berfikiran negatif… tapi aku tetap suka kat dia… .sebab aku masih lagi pikir yang dia baik..
Bodoh ker aku ?
Aku rasa mungkin ada sebab dia buat macam tuh, Aku pun tengok dia, dia pun tengok aku sambil buat muka blur… makin lama aku makin jauh dari pandangan dia… .dia tenung aku macam tak puas hati… . aku pulak tak faham…
BEDEBUK!!!!!!! ARGHHHHH!!!!
Nak dijadikan cerita, betapa besarnya kuasa ALLAH tuh..
Dia terjatuh. Habis semua shopping bag dia berterabur dekat lantai, dia tersembab dan menjerit sakit, High heel dia tersangkut kat escalator..aku terdiam, member aku semua pun senyap… … … ak! u tak tau, tiba tiba aku sedar aku tengah angkat shopping bag dia, cuba nak tolong dia..aku pun tengok atas..member aku blur..semua senyap… tengah aku dok tolong tuh..
tiba-tiba… …
LINA : “PENCURI!!!! PENCURI!!!! PENCURI!!!”
Security guard datang, orang semua tengok.. ramai yg nampak..aku tgh duk pegang shopping bag dia, aku pun terdiam..UFFF dalam hati aku aku dah risau, aku pencuri ker..atau ada pencuri yg dia nampak… ..aku pun senyap”
PAP!!! aku kena pegang.. security tahan aku, aku pun lagi BLUR!! apa nie,aku nak tolong tapi aku kena tangkap..ish apa yag dah jadik nie… … ..
Check punya check, rupa rupa handbag dia hilang… . aku pun dah takut.
Security tanya aku, mana bag dia??
Aku : “Mana saya ambik, saya nampak dia jatuh, saya pun nak tolong dia..mana saya ada ambil beg”
LINA: “Bang, Handbag saya dah hilang, nie mesti dia yg ambik. Passport saya, credit card saya, Handphone semua ada kat dalam tuh, Bang macam mana nie”
AKU : “I tak ambik handbag you lah, mana ada, I came down here to help you, apsal you kata I curik bag you”
Aku dah panik… … ..
AKU : “Tadi sikit punya baik you, jalan jalan ngan I.. apsal tiba tiba u kata I pencuri… apa masalah nie”
LINA: “Since when I jalan jalan ngan you, I takkan keluar ngan orang macam you, muka pun macam muka pencuri… ”
ADUH!!!! Aku dah benggang, aku pun keluar kan business card yang dia bagi..
AKU : “Then what is this ? Macam mana I ada card you kalau bukan you bagi ”
LINA : “Mana you dapat business card I huh! Mesti you ambil dalam bag I, buat apa I nak bagi orang macam you, Bang, see.. I told you yang dia yang amik handbag I”
Sekali, apa yang aku cakap backfire kat aku, aku pun kena bawak ke office… member aku semua ikut aku.. aku pun dah takut giler.. abang aku senyap jer.. dia tak tau nak tolong aku macam mana, member aku semua tak tau nak buat apa… .
Sampai aku kat office, orang tanya aku mana aku letak handbag dia, dia duk memaki hamun aku.. aku diam, aku cakap aku tak ambik.. tapi bukti business card ada kat aku… . aku yang bersalah.. aku tak mengaku..
PAP!! aku kena tampar… .aku diam lagi..aku cakap aku tak ambik… office dah kecoh, dia dah mengamok “HEY! ORG MACAM YOU NIE TAK LAYAK JADI MANUSIA TAU, MANA BAG I, I TAK KIRA..ABANG, BAGITAU POLIS, BIAR DIA KENA TAHAN, TAK GUNANYA LAKI”,
Itulah kata kata dia k… … … … .
Dah tenat aku…
Ingat-ingat balik, aku nak nangis pun ada mengenangkan, nasib aku masa tuh… aku dah nekad dah, kalau polis datang, aku nak bagi tau mak aku yang aku tak salah, dan aku sayang kat mak bapak aku… . aku dah sedih giler.
Aku pun duduk kat situ, kepala aku dah sakit kena sepak, aku nampak ada orang datang, sikitnyer smart.. pakai jeans ngan slack..rambut panjang ikat belakang..orang tuh cakap
Manager : “APA MASALAH NIE OK..What is your Name?”
LINA : “Lina.. I nyer handbag hilang, Orang nie yang curi”
Manager : “Betul you ada amik ker? Bagi balik, tak perlu bising bising”
AKU : “Saya tak ambil..Dia yang tuduh bukan bukan”
Manager : “Lina, How sure are you, this guy took you handbag”
LINA : “Masa I jatuh tadik, tiba tiba dia ada kat depan I, mesti dia yang ambil… … sapa lagi… muka dia pun muka pencuri”
Aku tetap tak mengaku… aku dah berserah… manager tuh pun dia angkat telefon, dia pun call.. aku sure dia call polis. Aku tak tau nak cakap apa, dia pun keluar..semua senyap jer kat dalam tuh… ..selang 10 min, dia pun datang ngan satu orang Indonesia.. dia pun tunjuk satu handbag kat Lina,
“Is this your handbag”, Lina pun senyap dia pun mengaku… Manager tuh pun suruh ler cek dalam beg tuh ada apa yang hilang… ..semua okay… takda yang hilang..
Manager tuh pun cakap yang handbag dia jumpa kat dalam toilet wanita, so Dia suruh mintak maaf kat aku, sebab menuduh aku yang curi sedangkan apa yang aku nak buat, cuma tolong dia… … .
APA YG PATUT AKU LAKUKAN ??
Aku pun senyap, aku pun keluar… Semua member aku tanya aku apa yang jadik,aku cakap bag dia tertinggal kat dalam toilet, org cuci jumpa..so dah settle dah, aku nak balik… .
MEMBER : “Ha’ah apsal ko bodoh sangat, ko sound lah dia..Ko cakap ko nak saman malu dia… tak guna nyer pompuan”
ABG AKU : “Ha’ah, ko mintak jer duit kat dia..lantak lah, lawa tak lawa… dia betul tak gunanya orang, ingat cantik boleh buat sesuka hati… .”
Aku pun terus masuk pejabat aku pun sound dia direct aku nak saman dia, lantak apa nak jadik jadik.. aku pun benggang dia buat aku camtuh, sedangkan tak pernah dalam hidup aku tak hormat org perempuan…
AKU : “Oi… aku tak kira aku nak saman ko, aku nak ganti rugi.. ko ingat apa, yang ko ni cantik sangat, semua orang suka, kalau dah hati busuk tuh,busuk jugak… sekarang ko tuduh aku mencuri, aku tak buat.. aku malu… mana ko nak aku letak muka aku, aku nak sue ko kat court”
Manager : “Dah lah tuh, dia silap.. dah lah tak yah kecoh kecoh”
AKU : “Ko pun sama, dengan ko,ko dengan Lot 10 aku nak saman, aku ada saksi member aku, Ko tampar aku, kata aku pencuri, ugut aku..ko ingat apa..aku nie bodoh.. aku dah suruh member aku call police, aku nak buat report kat semua.. camna?? puas hati korang”
LINA : “APa ko ingat ko bagus?? nak report aku… .. aku tak takut ler.. ko ingat aku boleh masuk penjara.. aku call bapak aku baru ko tau??”
AKU : “baik ko call, nanti ko kena tahan.. padan muka… ko (manager) plak.. apa tunggu sini, gi ler call boss ko, aku nak saman nie”
Manager : “Dah lah tuh, Lina call your father, tell him that you have a problem here, kalau dia report you yang susah, sebab you tuduh dia??”
Lina pun call bapak dia, aku dah makin berani dah..hehehhe, aku suka.. tapi sambil tuh cuak jugak..takut aku yg kena tangkap ugut dia… hehehe
Lina cakap ngan bapak dia, dia tengok aku… ..dia letak telefon.
LINA : “Nah amik nie, aku mintak maaf… … .”
Dia bagi aku RM300, Dia ingat apa aku boleh kena beli camtuh jer.. aku apa lagi, aku amik duit tuh, aku campakkan kat muka dia… … … … .
Dia terkesima..
“Setakat RM300, ko ingat aku apa… … . budak kecik boleh ler ko buat camni..apa ko nie tak paham lagi ker, aku taknak duit.. aku nak tengok ko kena tahan jer..buat tuduhan palsu..”
Dia pun bengang call bapak dia lagi..kali nie dia bagi aku cek RM1000, aku tak nak tapi member semua sound aku, apa masalahnya amik.. banyak tuh.. sapa nak bagi seribu free free..aku pun senyap… … .
Aku amik cek tuh aku pun koyak… . aku cakap aku bukan jenis yang boleh dibeli… aku dah buat keputusan aku nak dia kena tahan… .
Last, dia bagi aku sekeping cek RM10000, aku pun tergamam… … . banyak tuh bagi umur orang macam aku, aku tak tau ada ker aku nak berkeras atau aku nak amik, member aku semua suruh amik, manager tuh pun suruh aku amik…
aku pun nak jugak amik…
so aku pun mengalah aku pun amik ler cek tuh.. aku pun nak bla… … tiba tiba aku dengar dia sound aku..
LINA : “Hmm, setakat muka macam tuh, dapat duit senyap ler.. tak malu”
Aku campak cek tuh, aku terus gi kat dia… .. aku tak kira aku tak pernah tampar perempuan sebelum nie, tapi untuk dia aku sanggup buat..aku baru nak angkat tangan.. ada orang tahan aku… … …









“Oi..bangun oi… dah subuh dah nie… “ :P

Saturday, January 29, 2011

pahlawan kepala botak

ap pahlawan kepala botak?? ada ke?? haaaa...ada la,shaolin nama die..shaolin memang takde rambut,kalau nak cari shaolin fesyen rambut noh hujan or lady gaga memang tak dapat la...anyhow,shaolin ni movie baru release sekarang..about last week kot..this movie full with action,kung fu fighting,moral values, and macam-macam lagi la...pelakon die andy lau,jackie chan,bing bing fan dll..

shaolin ni berkisahkan rampasan and perebutan kuasa di antara panglima perang di China suatu masa dahulu yang telah melibatkan golongan sami atau shaolin kerana mangsa perang dan rakyat jelata ditempatkan di kuil shaolin..Akibatnya, satu peperangan besar di antara askar China dan sami telah berlaku di kuil yang menyebabkan mangsa perang dan sami terpaksa berpindah dr kuil tersebut...


fuhh!! dah boleh jadi wartawan wayang aku camni..hahahaha...tapi citer ni memang mantap walaupun ada ayat yang aku tak paham T_T ...hampir 2 jam jugak citer ni and it was worth watching! ribuan terima kasih kepada naqib kerana support tiket..hehehe...so sape yang belom tengok, pi tengok cepat!!




















Monday, January 24, 2011

PASRAH...!!!!!!!!

Ingin ku sendiri
Meniti hari
Kala sunyi
Yang melanda sepi
Alam bisu
Bagaikan mengerti
Berakhirnya sebuah memori

Ingin ku melangkah
Membawa diri
Kerna cinta
Yang dikhianati
Luka rasa untuk menghadapi
Pengorbanan tidak dihargai

Kini aku… Pasrah
Dengan segalanya
Kepedihan itu
Masih terasa
Apakah salahku
Apakah dosaku
Tuhan berilahku petunjukmu
Redha dengan kehendakmu
Cukup kali ini
Kau menyakiti
Berulangkali
Tak usahlah kembali
Dengan rela hati
Melepas kau pergi…

Ingin ku sendiri
Meniti hari
Kala sunyi
Yang melanda sepi
Alam bisu
Bagaikan mengerti
Berakhirnya sebuah memori

*buat seorg insan yg pernah berada d lubuk ati ini..
andai begini jalan takdir yg telah d tetap kn utk kite..
aku terima dgn hati yg penuh TULUS & IKHLAS..
doaku sentiasa mengiringi kebhgiaan mu..
"SELAMAT TINGGAL KASIH..SELAMAT PERGI CYG"...T_T



Thursday, January 20, 2011

CURANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

1 hari suami pulang dr meeting(dating sbnrnya) melihat isterinya sedang menangis teresak2...

Suami:Nape ni yang?

Isteri:Sudahla bang..lepaskan sj saya nie!!!

Suami:Eh nape sayang cakap mcm tu lak?

Isteri:Saya tau abang g jumpa pompan lain kan?

Suami:Eh..ape yg awak merepek ni?

Isteri:Sudahla bang..Semuanya dh t'bukti..ada pompan ln y jwb tipon awak ms saya call..Dah byk kali..Bkn skali dua ayang t'tipu dgn abg.

Suami:Err..ba..baikla..abg..abg ngaku..abg mmg ada pompan lain..tapi apa yg dier cakap pd awak?

Isteri:Huh..!nyampah..mentang2la saya tak paham omputeh..dier b'lagak dgn saya..tp saya hafal apa dier cakap..Sakit hati ni abg tau tak!!!

Suami:Dier cakap ape?

Isteri:Dia cakap.."The number u have dial..cannot be reached at this momment..please try again"..asal saya tipon jer mst dier ckp camtu..

* hahahahhaaaa..lawak antarabangsa..akhir nye "KANTOI" gak laki die..kuikuikui

SURAT DARI SORG BAPA KPD BOIPREN ANAK NYA


Kepada Boyfriend anak akun di sini aku serta kn 10 peraturan yg harus ko patuhi..,

 Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon-hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa. 

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah.. 

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa berdating ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks selamat yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: Awal.

Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan. 

 Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas saya datang antar anak pakcik. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian. Yg ditakuti, Bapak Kepada Gf ko...
* so..ingat2 lh erk..pd kaum "LELAKI" yg nk bwk ank dara org p dating..anda harus lh mampu "MENGHAFAL" sume peraturan nie..hikhikhik..

Friday, January 14, 2011

makmal angker

selamat sejahtera wat sume yang bace belog ni , walaupun tak ramai yang bace T_T  , tapi takpe..selamat anda hendaknye...lame dah tak update blog ni..aku pun tak taw kenapa aku tak update..maybe sebab kurang idea bernas yang boleh ditonjol kan kot...anyhow , mesti korang taw yang aku tengah praktikal sekarang kan..kalau ada yang tak taw , sekarang aku bagitaw ye..jangan cakap aku tak inform, ku tangan jugak nanti...sigh~ kan dah emosi sebentar..maaf   ^_^


jutaan terima kasih kepada  rose eija jaja kerana jasa anda mengetag gambar kat facebook.. kalau tak, takde la gambar aku nak tunjuk kat post ni..heee...so tengok jela few pic yang ada ni...agak chaos makmal ni because of them..hahaha




time ni sume tengah bajet pose..tp aku tak taw apa aku wat..cam bernasyid pun ada jugak..aiyo~


ni paling best..sebab apa?? sebab dah pukul 5 & masa balik!!! masa ni ak paling suke..hehehe


elaun takde...tapi dapat free lunch.hari-hari makan makanan hospital..ok la jugak, at least kurang bajet


me with samsiah (bukan name sebenar) :P





Thursday, January 6, 2011

makan suke-suke je

usually after work mesti terus balik umah , mandi and tido...eyh tertinggal satu , online...hehe...tapi that day ada a beza sikit..sebab ap?? sebab that day akak a.k.a Siti Nor Syamimi belanja makan!!  YIPPEEEE!!! lame dah usha satu restoran baru kat area umah ni,actually die baru buka about a month..so,cam excited la nak try...dapat jugak rase thank to her..wink wink  ^_^


btw ni restoran chinese muslim..tak pernah rse chinese food pon..that's why excited...kalau tak cool je..ehem ehem...coz its the end of the month,so boleh order ala kadar je la..tak dapat nak pow die banyak2..tunggu la kau dapat gaji nanti..memang aku kikis duit kau..,muahahaha ( evil laugh)




Dumpling yang cumil and sedap..kalau beso sikit lg best!!







for me kantonis ying yong and kedongdong asam boi




kan nampak menyelerakan gile ni...nyum nyum







for  her, char kuew teow penang

anyway thank a lot big sister!! kau memang BIG!




!

Wednesday, January 5, 2011

iklan suke-suke je

bile dah bosan tunggu ujan lebat macam tak nak bagi aku kua pergi keje, online la pengubat hati..padahal dalam hati best gile ujan lebat tak benti  YIPPEE!!...bukan tak nak  pergi keje okay..mother nature tak benarkan :P ...so what to do,what to do?? browsing la pape yang best kat internet ni...found some cool advertisement yang takde kat malaysia ni...maybe orang luar lagi kreatif dari orang malaysia kot..maybe la..MALAYSIAN PUN KREATIF OK!!..hangpa suma tengok la iklan suke-suke ni