Nuffnang Ads

Sunday, July 22, 2012

Nasi Daun Pisang

selamat berpuasa semuanyeeee..post ni bukan la nak suggest tempat berbuke or sahur pun..saje la nak cerita  restoren yang serve Indian cuisine..wahh kau gune ayat cuisine..poyo mcm 5star..haha...actually lama dah taw bout this place cume xd kesempatan nak pergi try..2 days before puasa aritu, ada la rezeki pergi try with few friends yang baru grad...haaa..dah lame study, sekarang baru grad..CONGRATS!!!

restoran ni kat depan BANGSAR VILLAGE, memang depan mall tu..so senang la nak cari..nama restoran sori ak tak tahu..lupe nk tengok...sori  :)
anyhow the food is great lebih kurang nasi kandar kot cume ad special for those with large appetite..rahsia ni~


kedai ni jenis order dulu n die akan serve atas table with daun pisang..nasi 1st, so korang boleh mintak SEBANYAK mane yang korang nak..harga tetap SAMA!! haa..memey HAPPY!!


muke tak sabar tunggu serve



haa..cube tengok berapa BANYAK mintak, pelayan tu tak kisah pun..hahahah..then ada 3 jenis sayur, salad    timun kot ( ak main tibai ), peria goreng n peria jgk..ayam masala order lain.



depan rezeki kena happy taw...rezeki tak suke oranng muke ketat..haha


and this is mine..perut save 1 hari untuk ini...  NOW YOU SEE


NOW YOU DON'T...licin beb..blh thn jgk rase die....

so dah tahu rahsia die?? korang mintak je banyak camne pun..harga tetap same  ( RM 12 tak masuk air )..at night kedai die memang sesak..so pandai2 la korang cari waktu k..

SELAMAT BERPUASA~







Wednesday, June 13, 2012

Anda nak tahu??


1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia
yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..


2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun.
Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.


3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu
merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang
banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.


4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik
ikan yang telah diproses.


5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan
bukannya perasa tambahan pada makanan.


6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan
jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..


7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan
sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya
tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar
biasa dari orang lain.


9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor
nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan
di mana mangsa berada.


10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah
diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman
berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.


11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan
12345678987654321.


12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.


13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan
'octothorp'.


14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.


15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.


16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak
akan tenggelam di dalam pasir jerlus.


17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.


18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam
sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.


19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.


20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap
tahun.


21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling
banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang
berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.


22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.


23. Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk
penduduknya.


24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya
menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.


25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne
segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan
turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.


26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10
tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk
bahagian bibirnya sahaja)


27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.


28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu
tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini
dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita
sendiri.


29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.


30. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office...
Pelik bukan!


31. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk
mengesahkan tiada no 8. kan ?

Thursday, April 12, 2012

Burger GIANT

ap yang korang suke buat bile cuti ??  tido ?? dating tengok wayang ?? semua tu BOSAN!! sempena hari pertabalan agong baru , aku celebrate dengan makan special..ceyh celebrate la sangat, padahal tak peduli pun sape agong..hahaha..ok back to the topic, BURGER BESAR !! memang BESAR... first time tengok burger BESAR depan mate..mesti korang tertanye-tanye kan ap yang aku merepek ni..




Haaaa...ini lah yang ak cakap burger BESAR.. sekilo beb..cube korang bayangkan makan kek secret recipe SEKILO..ini lah size die besar gile baby..amacam cuti korang, still nak pergi dating tengok wayang ke??  baik makan buger ni sorang-sorang lagi puas..muahahaha


serius BESAR tak tipu..name burger ni burger besar BURGER BESAR YB ..boleh klik kat link tu masuk blog die...facebook pun ad  YB YAZID BURGER..harge burger ni rm40 tapi untuk bulan april ak dengar ada promotion rm32..puas gile baby makan burger ni..

muke-muke lapar :






ak share 3 orang coz takut x abis makan..tapi bile dah makan ak rase boleh makan separuh sorang..sangat kenyang and puas !!


maaf gambar tak senonoh..ahahah..inilah nikmat makan burger..gune tangan baru real


sape yang nafsu makan die sikit dont worry coz ada banyak pilihan burger..sume burger patty..harga ikut berat..bukan berat korang selepas makan ok..berat burger tu..hahaha

kedai die senang je berdekatan D'arab cafe sec 7 belakang unisel..sape yang pergi ak suggest book dulu, no telefon ada di  fb...pergi makan esok..lambat2 nanti jadi rm40..hihihihi

Tuesday, April 3, 2012

Jejaka idaman gadis-gadis

kepada gadis-gadis di luar sana apa ciri-ciri jejaka idaman anda??  tipu la kalau takde kan..entah camne la jejaka idaman korang kan...betul ke ciri-ciri tu akan berubah ikut umur korang?? cer baca bawah ni..ada tak ciri-ciri jejaka yang korang nak     :)

Lelaki idaman gadis-gadis :
1. Tampan
2. Charming
3. Sukses kewangan
4. Seorang pendengar yang baik
5. Jenaka
6. Badan tough
7. Bergaya
8. Menghargai
9. Suka buat surprise


Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 32 tahun
1. Nice looking
2. Membuka pintu kereta, memegang kerusi
3. Apakah cukup wang untuk makan malam yang menyenangkan
4. Mendengar lebih daripada perbualan
5. Ketawa dengan lawak bodoh saya
6. Belanja dengan mudah
7. Memiliki kad kredit sekurang-kurangnya satu
8. Menghargai sebuah rumah-memasak makanan
9. Mengingati hari ulang tahun perkahwinan dan hari jadi saya semestinya


Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 42 tahun
1. Tidak terlalu buncit
2. Pekerjaan yang stabil
3. Mengangguk ketika aku bicara
4. Apakah dalam keadaan cukup baik untuk menyusun semula perabot
5. Mengenakan kemeja yang menutupi perutnya
6. Rajin bercukur


Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 52 tahun
1. Menjaga bulu dalam hidung dan telinga dipotong
2. Apakah tidak bersendawa atau menggaru di depan public
3. Tidak terlalu sering meminjam wang
4. Apakah tidak mengangguk tertidur saat aku bercerita
5. Tidak menceritakan semula lawak yang sama terlalu banyak kali
6. Apakah dalam keadaan cukup baik untuk turun dari sofa pada hujung minggu
7. Biasanya mengenakan sandal dan pakaian yang berpadanan
8. Menghargai makan malam yang baik
9. Mengingat nama anda pada kesempatan
10. Rajin bercukur


Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 62 tahun
1. Apakah tidak menakut-nakutkan anak kecil
2. Ingat di mana bilik mandi
3. Tidak memerlukan banyak wang untuk rawatan
4. Hanya berdengkur ringan ketika tidur
5. Ingat kenapa dia tertawa
6. Apakah dalam keadaan cukup baik untuk berdiri sendiri
7. Biasanya memakai pakaian
8. Ingat di mana dia meninggalkan giginya
9. Ingat bahawa itu hujung minggu


Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 72 tahun
1. Bernafas.
2. Tidak miss toilet.


hahahahaha..betul ke gadis-gadis???   :D

Thursday, March 29, 2012

nenek yang jujur

 Pagi tadi hujan lebat, aku sampai kilang pun almost 50% basah...sejuk beb tak leh blah nasib baik undergarment tak basah ( sopan aku panggil undergarment ni ). so selamat sikit la..hahaha...hope you guys have a good day and happy always... meh bace cerita seorang nenek yang jujur


Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.
“Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.
“Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.
“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”
Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”
Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”




hahahahaha..tolong la jangan jumpa dengan nenek perangai jujur sangat ni

Wednesday, March 21, 2012

mak cik muke ketat

kalau ada job jadi food taster inspector, ak nak volunteer. tak ada gaji pun takpe la..janji dapat makan sedap2..hahaha..most delicious foods are from gerai tepi jalan..betul tak ak cakap?? mesti ramai setuju kan..coz aritu lepas balik keje ak ad singgah bandar klang..ceyh, bandar ke?? dah lame jugak ak tak singgah coz memang tak ada pun..that day ak p cari something tapi jumpa this one gerai jual  kuih-muih..nak di jadikan cerita la, makcik yang jual tu muke ketat abis tak boleh blah..senyum pun tak nak..ak tengok die cam baru pas gado je..memang ketat cam tahan berak pun ada..nasib baik mak cik tu ada anak pompuan boleh tahan CUTE jugak la..sedap jugak mata memandang..maybe tu strategi kot ( positif positif )..

ap kuih mak cik tu jual?? alaa kuih standard la cam goreng pisang , keropok  lekor dll..ak nak tanya harga pun takut mak cik tu tak nak jawab... so,ak decide beli samosa 3 harga rm1.20 satu.....samosa die SEDAP !! x macam muke makcik tu..i'm not really a big fan of samosa tapi this samosa serius boleh wat ak mengidam..cukup rase and tak keras coz isi ayam die padat jugak la...




so far 10 markah untuk samosa and -30 untuk customer service..friendly advise guys, kalau korang nak berniaga ap jenis sekali pun..customer service korang wajib mantap at least senyum kat customer baru orang nak beli..kalau that day mak cik tu cakap  " adik hensem kacak bergaya nak beli apa? " for sure ak beli 10 samosa...LOL .ok fine kalau tak nak senyum pun cari sorang gadis comel jadi pekerja, nanti ak datang beli selalu..muehehe..

name gerai ni SAMOSA KLANG betul2 depan pasar jawa kat tengah bandar..dalam medan selera mara..kalau nampak makcik muke ketat tu, korang kat gerai yang betul.

Monday, March 19, 2012

Jeram ikan bakar

yes ak suke makan..in love with food..one of my feveret place nk makan ikan bakar is at JERAM IKAN BAKAR..kat mane?? kat JERAM la..dah name pun same..LOL..banyak kali dah makan kat sini..ada 2 restoran actually.. the other one is a lot exclusive la ak rase and dah masuk jalan-jalan cari makan.. restoran ak pergi ni biase jela ( under bajet ) ... tapi tak taw kenapa this time food die tak sesedap dulu..maybe chef die datang angin kus kus kot..agak mengecewakan la..nak tak nak kena habiskan jugak..tak elok membazir dah bayar lak tu, kalau free pun ak tak nak membazir..haha..

spend time dengan family kan best..kalau boleh at least once a week kite spend quality time dengan dorang
 ( HIGHLY SUGGESTED )  ..sebab 2 orang wanita dalam family ni kurang makan banyak..so tugas ak and adik ak la untuk abis kan sume...untung bawak pompuan pergi makan kalau korang nak taw..muahahah


perkenalkan Suhaimah bt Suardi a.k.a my mom and my bro yang kuat makan



ak order butter prawn, ketam masak cili, siakap 3 rase, sotong goreng tepung, and kailan ikan masin






ini gambar sebelum makan. gambar selepas makan tidak dapat di upload kerana tidak sesuai untuk tontonan umum  :p


p/s  : next post pun bout food jugak....ok ak dah lapar balik abis diet  T_T 

Sunday, February 12, 2012

mancing - ulu yam

aritu ak post activity luar plan kn..post kali ni pun lebih kurang jugak la..disebabkan one of my friend suke mancing, ak tak taw kenapa...so layan kan jela bawak die pergi mancing kat tempat yang rahsia atas sebab-sebab tertentu..hehehhe..kali ni pun bawak potluck untuk jimat duit...keluar rumah pagi and sampai tengahari takde rezeki mancing..sebab KURANG BAKAT !! hahaha

so we decided to go ulu yam mandi manda kecewa tak dapat ikan..lame dah tak pergi ulu yam,last ak pergi skola rendah..berkurun jugak la tak pergi...so far ak rase tak banyak berubah, air still sejuk gile...so far kitorang still enjoy the day...that was the actual plan..to have fun!! so mission accomplish mat salleh kate



menu : sandwich , nasi lemak , roti gardenia , kuih muih , dll


inilah pakar mancing tadi...mata kail sangkut pokok..hahahhahaha


weeewwwiiiiiitttt !!!  ok bunyi macam gay...wtf 




Tuesday, February 7, 2012

unexpected trip

dont worry, post kali ni tak dramatik cam tajuk ni k..hahaha...pernah tak korang wat plan last minit go somewhere yang korang langsung tak expect?? sometimes ak suke aktiviti camni...die jadi thrill...actually ni trip with my frens last month kot..plan asal just wanna go to sungai chilling and just have fun...tapi after mandi, kitorang just decide pergi lepak kat bukit fraser coz tak jauh sangat pun..about 20km form chilling...

yup, kitorang lepak kat bukit fraser and tido kat sane 1 malam..macam gile je plan ni coz sume orang takde duit and tak taw mane nak tidor...ada nak tidor dalam kereta or kat surau je..seriusly,everything last minute...at last kitorang dapat PENTHOUSE rm165 for 1 night...yes PENTHOUSE after 50% diskaun....memang unexpected coz sume hotel and chalet dah penuh...thx GOD we had place to stay

tak banyak aktiviti pun kat fraser ni...1st time ak sampai, tempat pun kecik....ak ingat sejuk sampai boleh kua asap kat mulut...tapi hampa  T_T  ....so kalau korang ada peluang untuk wat aktiviti camni, just go ahead and try...tapi make sure ad duit jgk la, coz tak taw ap nak jadi kan...explore something for new experiences, life is fun  :)



ni bukan the real air terjun sungai chilling.tapi coz tour guide pun tak taw.so layan jela~


picnic potluck


hampir 2 jam nak sampai puncak..ni la akibatnya pening jalan pusing2




bilik penthouse tingkat atas...actually ramai takut for some reason..hahaha


good morning fraser  :)


breakfast chinese buffet style...kenyang gile !!



senyum senyum


air terjun jeriau..hambar!!  tak berbaloi jalan jauh2..pening plak tu..huh!!


* perasan tak baju sume same je?? coz memang takde bawak baju spare..hahahaha

anyhow we had fun !!!

Saturday, February 4, 2012

7 habits of highly efective people

salam MAULIDUR RASUL kepada semua umat Islam seluruh dunia...marilah kite berselawat ke atas junjungan kita NABI MUHAMMAD S.A.W...

ok back to the topic, actually ni tajuk buku yang aku dh abis bace about last year kot..dengar cam lame gile padahal baru sebulan masuk tahun baru kan..LOL..anyhow, aku tak pernah lagi suggest or make a review  about books kan..so this is my first time...buku ni memang bagus!! ak memang suggest korang beli and bace this book....voucher buku dah dapat kan..ke korang dah trade in ngan duit?? haaa

kenapa buku ni bagus???  actually buku ni menekankan 7 perangai yang kite perlu ada untuk become an efective person..ayat mudah die jadi orang yang berguna la kot..ak rase sume orang ad habits ni cume kite tak sedar je..as for me, buku ni ajar kite how to be a better person in every aspect of life..kite boleh use it in family, work, friendship,relationship and dll.. nak taw apa 7 habits tu??

habit 1 : be proactive
habit 2 : begin with the end in mind
habit 3 : put first thing first
habit 4 : think win win
habit 5 : seek first to understand then to be understood
habit 6 : synergize
habit 7 : sharpening the saw

sume habits ni come with examples and macam mane nak relate to our daily life..ak tak la cakap i am a good man..tapi sume orang tak perfect, so if we want to be a better person..i think we should improve every aspect in us so that we will be prepare for anything comes in life...ak highly suggest this book untuk korang bace..mantap buku ni !!



ni la buku tu...boleh jumpa kat semua book store i guest, kat mph pun banyak rm42.50

"MEMBACA JAMBATAN ILMU "  

dah jadi cam iklan kemasyarakatn TV1 blog ak ni..hahaha


Thursday, February 2, 2012

memudahkan hidup seharian

nak taw tak apa yang boleh memudahkan hidup seharian kite??
- letak kunci dalam mangkuk

seriously dengar cam bodoh je kan letak kunci dalam mangkuk..trust me!! ini memang memudahkan hidup..nanti tak payah susah-susah nak cari any kunci last minit and takde la memekik  "mak nampak kunci moto tak??"....lepas penat-penat cari kunci dalam poket seluar or seluruh pelosok umah..rupe-rupenye kunci atas meja belakang laptop...LOL

memang frust gile kalau tak dapat cari kan...go get a bowl and put every keys..sangat EFEKTIF!!




by the way...HAPPY NEW YEAR !!  

Sunday, October 16, 2011

post yang bosan





takde apa nak cakap actually..saje nak mengomel sorang2...korang sume ada fesbuk kan?? tipu la takde..aku sekeh kang..hahaha...sume orang perasan fesbuk dah tuka and rase cam menyusahkan je...tapi korag perasan tak, fesbuk pun dah jadi cam tempat usrah..alaaa usrah, cam tazkirah before solat kat masjid or surau..sape yang tak selalu pergi surau or masjid tak dapat la dengar....cam aku lain la...muehehe...


ok balik cerita fesbuk tadi...kenapa cam usrah?? yela kalau korang perasan ada banyak gile post about islam, life, love, and pengajaran2...kadang2 tu ok gak, tapi kalau aku o9 pakai henpon, post tu memang panjang gile..penat nk skrol down...time tu rase cam annoying sikit la...time tu je..kalau o9 biase gune laptop.. aku tak kisah pun


saje la nak share natang ni..ok jgk coz banyak post yang bergune...kadang lawak gak...tp overall sume post tu ak tak bace...MALASSSS !!!! hahahahaha


ok dah...bye bye...post yang bosan je ni







Monday, October 10, 2011

manhattan fish market

ASSALAMUALAIKUM pembuke bicara..lame gile tak update blog ni memey sumpah malas aku nak update blog ni..memey patut bersawang pun..but its ok coz aku nak update gak sekarang...aku pun tak taw bile pergi makan kat manhattan fish market ni..tapi yang aku ingat time ni salahuddin & arifin baru dapat gaji la..tu yang aku ingat..baru dapat gaji trus nak beli handphone la, shopping la..memey membazir dorang ni..ak folo je...hahahaha


anyway ni ad few pictures yang ak snap...konon2 nak cakap "this is so going to my blog"...ini memey POYO !!! kalau ikutkan, takde la mahal sangat makan kat sini..worth it la coz banyak gile kot...aku makan sampai pening2 lalat...hahaha








first time makan kat sini actually,so sume nak order..hahaha




name mamat ni arifin, die memey suke INTERPREM!!..sori pin  :p







plus a few desert yang aku dah lupe name die



p/s : aku dah lost few kilos dowh...memey susah nak percaya..tapi memey hakikat die camtu...saje nak bangga ckit...muehehehe

Friday, August 26, 2011

aku suke kentut

lama dah tak post pape kan...malas gak la aku nak post time bulan pose ni..tak taw la kenapa..maybe sebab rajin beribadah kot...waaaahhhhh!!!!   ni ada 1 cerita tak berapa lawak untuk bulan pose ni...



Aku ada cerita ni…lawak la jugak.. tapi jangan ketawa tau… Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran, iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.


Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap. . so aku dah tak kisah lagilah.


Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.
Akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Di sebab terlalu lapar aku pun singgah satu kedai makan tu… ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus. Lepas tu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk di makan sambil berjalan balik nanti.


Tiba je kat rumah aku terasa amat kenyang sangat. Maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada ‘surprise’ untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan
isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan ‘surprise’ isteriku ini. Aku pun tahan ler…


Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya… bau boleh tahan… maklum ler berapa biji telur tah aku bedal tadi… Alamak..ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi..bunyinya PROOOTTT!!..fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia… aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia…adalah macam bau telur tembelang sikit.


Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi… hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku hendak kentut lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepas tu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu…PRRROOOOOTTT! !!!… fuhh lega…bergegar sikit meja makan dibuatnya… peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut ‘ahhhh…. lega…’. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.


Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata ‘SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!’ dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le… camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong…


ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. ‘dah lama ke pak sampai?’. Dan pak mertua aku pun jawab. ‘Dah lama dah..Sebelum kentut pertama lagi….






Tuesday, August 9, 2011

ini baru komik...LOL

komik ni memang mantap..SUPER LAWAK!! tu je yang aku boleh gtaw korang..kalau korang nak tengok lagi komik ni..boleh  klik sini




Thursday, July 14, 2011

kisah cikgu Berahim



Part I
Cikgu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Berahim akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Berahim asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Berahim menyergah muridnya yang bernama Man Dol.
- "Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah". 
-"Oh Cikgu Berahim, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak."


PART II
Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Cikgu Berahim telah bertanya kpd murid²nya. Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga? Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Cikgu Berahim pun bertanya,


Cikgu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.

PART III
Cikgu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar... 
Cikgu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek didapur. 
Cikgu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke hape??


PART IV
Seperti biasa, Cikgu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah Agama.Cikgu Berahim mengajar budak tahun satu . Pada hari tersebut, beliau mengajar bab"cara berwudhuk"Selepas mengajar, beliau (Cikgu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan. Cikgu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan? Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol
Man : Ada Cikgu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Cikgu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk? 
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part! 
Cikgu : Allahhuakbarr!!!


PART V
Cikgu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang? 
Joe : Untuk mencari makanan, cikgu 
Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu 
Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?
Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, cikgu... 
Cikgu Berahim: uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..






p/s : sape yang jadi cikgu..harap banyak bersabar mengajar anak bangsa :)

Friday, July 8, 2011

kisah si pembonceng moto

 
Ahmad seorang pekerja di sbuah syarikat...dia amik keje overtime....dalam perjalanan dier nk balik umah ngan motor buruk dia,dia trnmpak sorang pompuan nie.....nk di jadikan citer.....dier pon tanyer pompuan tu."Cik,knape nie?"pompuan tu pun ckap."kete saye nie rosak...Ahmad pun menawarkan kat pompuan tu untuk tmpang dia balik ke rumah...


Pompuan tu kata..."Eh,boleh ke nie"?Ahmad ckap.."tkpe kt umah saya ada mak ngan adik saya."Pompuan tu pun naik la motor buruk Ahmad....Tibe-Tibe...Sampai jer kat kubor Ahmad terbau busuk macam petai....Apa lagi,Ahmad pu ntrus pecut motor dia kat dpan....smpai jer kat umah dia....dia rase ringan jer...dia toleh kat blakang....."Oh Mak kau!!!!!!"pompuan tu dah hilang......


Ahmad demam sebulan..lpas dh sihat...dia nk pergi keje balik..tp ibu dia nasihat kat dia sruh benti keje....tp dia tknak plak...dia pon amik kejej overtime lagi..ala nk gaji lbih.wktu dier nk balik.....dia terserempak lagi dgan pompuan tue.....apal agi pecut lar Ahmad ngan motor buruk dia.....smpai2 kat umah trus badan die jadi panas....




kesokan harinyer...pompuan tu dtg kat umah dia dan ceritakan prkara yg sbnar.."sbenarnya,hari tue mase kat kubor....sayer sendawa...saya nie plak suke makan petai...pastu tibe2 jer Abg Ahmad nie pecut motor dia smapi saya trjatuh....mendengar cite tue....mak Ahmad ketawa terbahak2........rupenya itu cite sebenornye......hahahahahahaha

Sunday, June 26, 2011

pokok kuat makan

pagi tadi before breakfast bace paper kosmo dulu...cheewwaaahhh!! bergaya aku bace paper pagi2...x kisah la camne pun...ada satu kolumn dalam paper ni wat entry pasal pokok makan objek yang boleh menghalang pertumbuhan die...nampak cool, scary pun ada..yela..pokok makan objek kan..yang aku taw die makan cahaya matahari and minum air je....dahsyat weyh!!

pokok ni akan makan apa-apa je yang ada di laluan pertumbuhan die..tapi amik mase lama la..bertahun-tahun jugak...ni ada few pics yang aku amik direct dari website die...kalau nak tengok lagi banyak boleh click- hungrytrees



makan beskal...sape ada fixie..jage2 ye



ni dah vandalisme gile makan kerusi



yang ni dah biase kite tengok kan



kete pun kena makan..x dapat la anta p bengkel


kalau dulu orang tue-tue slalu takut kan budak cakap  " jangan main dalam hutan, nanti kene sorok hantu"... sekarang boleh la tuka  " jangan main dalam hutan, nanti kena makan pokok " ....huuuuuu~


Saturday, June 25, 2011

senda ptg sabtu


pada suatu hari mayat seorang lelaki baru dikeluarkan dari peti ais di bilik mayat untuk dikebumikan.tiba2 terdapat beberapa titisan air di muka mayat tersebut.dengan perasaan takut dan ingin tahu,seorang budak yg bernama ALI pergi bertanyakan kepada isteri si mati tersebut..  

ali: mak cik,kenapa terdapat beberapa titisan air di muka suami mak cik? 

mak cik: ohh,pakcik kamu tu baru first time meninggal.tu yang nervous sikit tu.  

ali: ?!!

p/s : kalau mati kali ke-2 camne plak??

Sunday, June 19, 2011

Pak Uda meninggal dunia

mesti sume kenal Zami Ismail a.k.a Pak Uda kn?? confirm la kenal kalau dulu korang cite Pi Mai Pi Mai Tang Tu..Pak Uda ada trademark pakai baju butang terlebih...Pak Uda sudah selamat kembali ke rahmatullah semalan di IJN lebih kurang jam 10.30 pagi - kosmo

Pak Uda memang pandai buat lawak..muvi hantu kak limah balik rumah pun die berlakon jugak...rasa sedih jugak bile bace paper dapattaw die dah meninggal..of coz la sedih, aku sendiri membesar tengok die berlakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu..takziah aku ucap kan untuk keluarga beliau..harap dorang banyak bersabar...



Pak Uda & arwah Pak Busu ( Pi Mai Pi Mai Tang Tu)



Pak Uda dalam Hantu Kak Limah Balik Umah



dalam kenangan... ZAMI ISMAIL 67 tahun

Al-fatihah...moge roh beliau berada di kalang orang-orang yang beriman